Mi Korea adalah mi atau masakan mi dalam masakan Korea, dan secara keseluruhannya dirujuk sebagai "guksu" dalam bahasa Korea atau "myeon" (cf. mien) dalam kosa kata Cina-Korea. Penyediaan mi ini mudah dan boleh dijejak kembali sejarahnya sekitar 6000 hingga 5000 Sebelum Masihi di Asia. Di Korea, masakan mi tradisional ialah onmyeon, yang dipanggil guksu jangguk (mi dengan sup jernih panas), naengmyeon (mi gandum kuda sejuk), bibim guksu (masakan mi seju bercampur sayur), kalguksu (mi potongan pisau), kongguksu (mi dengan sup kacang soya sejuk) dan yang lain. Di istana diraja, baekmyeon (harfiahnya "mi putih") mengandungi mi gandum kuda dan sup burung kuang bayas, dan dianggap masakan mi yang berkualiti tinggi. Naengmyeon, dengan sup sejuk bercampur dongchimi (kimchi lobak berair) dan sup daging punggung lembu, dimakan di istana semasa musim panas.[1]
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Doosan Noodles